Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

327) MASALAH PENDAFTARAN NELAYAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan negeri berkenaan isu nelayan yang gagal mendaftar sebagai ahli persatuan nelayan di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pendaftaran nelayan sebagai ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) adalah secara sukarela dan tiada paksaan daripada pihak Kerajaan Negeri. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa menggalakkan para nelayan terutama nelayan yang mempunyai Kad Nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendaftar sebagai Ahli Persatuan Nelayan Kawasan yang berhampiran. Hebahan juga dibuat semasa Mesyuarat Agong Tahunan yang akan menerangkan kelebihan yang akan dinikmati sekiranya menjadi nelayan yang berdaftar dengan PNK.

    LKIM menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) juga membuka kaunter pendaftaran pada program atau majlis bersama nelayan bagi memudahkan nelayan untuk mendaftar tanpa perlu ke pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dan juga Ketua-Ketua Pangkalan Nelayan turut dimaklumkan untuk membuat hebahan dan mengajak nelayan yang masih belum mendaftar supaya berdaftar dengan PNK yang terdekat.

    Penyaluran bantuan peralatan, insentif dan juga subsidi daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga akan mengutamakan para Nelayan yang berdaftar sebagai Ahli Persatuan Nelayan Kawasan.

    Syarat untuk menjadi Ahli Persatuan Nelayan Kawasan adalah :

    1. Tinggal dan bermastautin di dalam Kawasan kegiatan bagi sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan
    2. Berumur 18 tahun ke atas; dan
    3. Hendaklah termasuk di bawah mana-mana daripada berikut :

     

    • Mana-mana orang yang bekerja menangkap,mengutip atau memelihara hidup-hidupan dalam air selama tempoh lebih satu ratus dua puluh hari dalam setahun;
    • mana-mana orang yang bekerja sebagai memproses, mengendali atau berniaga ikan;
    • mana-mana orang yang mendapat enam puluh peratus atau lebih daripada jumlah pendapatannya dari bekerja dalam perusahaan menangkap ikan.

     

    Pengguguran ahli akan dibuat melalui semakan kategori ahli setiap 2 tahun sekali. Kegagalan nelayan menjadi ahli disebabkan gugur kategori, tidak memperbaharui lesen sampan bagi pemilik, tidak bekerja dengan pemilik sampan yang berlesen bagi awak-awak serta tidak memenuhi syarat- syarat seperti di atas.

  2. Bagi merealisasikan keterjaminan makanan di Selangor, apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu usaha para nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan dan membantu dari segi kos sara hidup mereka?

    Diantara insentif Kerajaan Negeri untuk membantu usaha para nelayan bagi meningkatkan hasil tangkapan dan membantu kos sara hidup mereka adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2019

    Bil. Jenis Bantuan Jumlah Penerima Faedah / Nelayan Jumlah Peruntukan (RM)
    1 Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan 250 nelayan RM1,000.00/ penerima 250,000.00
    2 Agrofest Selangor 2019 1,000 pengunjung 26,000.00
    3 Pesta Memancing Bagan Lalang 2019 260 nelayan 50,000.00
    Jumlah keseluruhan 326,000.00

     

     

    Tahun 2020

    Bil. Jenis Bantuan Jumlah Penerima Faedah / Nelayan Jumlah Peruntukan (RM)
    1 Baucar Petrol (RM300/ nelayan) 801 nelayan 240,300.00
    2 Jeti Terapung, Kg Asahan, Kuala Selangor Jeti Terapung 102,000.00
    3 Bantuan Food Basket 1,000 nelayan

    ( RM50.00/nelayan)

    50,000.00

    (melalui FAMA)

    Jumlah keseluruhan 392,300.00

     

    Tahun 2021

    Bil. Jenis Bantuan Jumlah Penerima Faedah / Nelayan Jumlah Peruntukan (RM)
    1 Baucar Petrol (RM300/ nelayan) 1,264 nelayan (LKIM)

    87 nelayan (DOF)

    405,300.00
    2 Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan 101 – Fish Finder 299,950.00
    3 sampan fiber – 21 kaki
    3 enjin – 40 hp
    3 Baucar Petrol – PKS 2.0  (RM300/ nelayan) 372 nelayan 116,000.00
    4 Bantuan Peralatan Nelayan – PKS 2.0 267 nelayan 289,000.00
    Jumlah Keseluruhan 1,110,250.00

     

    Tahun 2022

    Bil. Jenis Bantuan Jumlah Penerima Faedah / Nelayan Jumlah Peruntukan (RM)
    1 Bantuan Sampan dan Enjin Sangkut 5 enjin

    5 sampan

    135,000.00
    2 Bantuan Touch Point (Fish Finder & Alatan Penangkapan Ikan) 200 nelayan 300,000.00
    Jumlah keseluruhan 435,000.00

     

    Tahun 2023

    Bil. Jenis Bantuan Jumlah Penerima Faedah / Nelayan Jumlah Peruntukan (RM)
    1. Program Pesta Memancing

    • Pesta Memancing Bagan Lalang 2023
    • Pesta Memancing Kelong Paradise
     

    300 nelayan

     

     

    50 nelayan

     

    75,000.00

     

     

    25,000.00

    2. Bantuan Peralatan Nelayan 5 enjin dan 5 sampan fiber 275,000.00
    3. Menaik taraf jeti Sepang Kecil Jeti Sepang Kecil 400,000.00
    4. Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Kohijrah) 200 nelayan 400,000.00
    5. Bantuan Tong ACGas (Kohijrah) 101 penerima 16,160.00
    Jumlah keseluruhan 1,191,160.00

Lampiran

Tiada Lampiran.