Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

87) MASALAH PENCEROBOHAN TANAH OLEH WARGA ASING

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak berwajib dalam menangani isu ini?

    Tindakan pihak kerajaan terhadap aktiviti pencerobohan tanah kerajaan oleh warga asing atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab adalah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN yang mana telah memperuntukan denda tidak melebihi RM500,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ribu Ringgit) atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan. Selain daripada itu, tindakan perobohan juga akan dilakukan terhadap mana-mana struktur bangunan / tanaman dan sebagainya yang dibina tanpa mendapatkan kebenaran yang sah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

  2. Kawasan di Sungai Makau Sungai Tekali jelas berlaku pencerobohan warga asing ini, usaha pembanterasan ini perlu diambil memandangkan mereka telah memonopoli kemudahan awam dan juga kepentingan komuniti.

Lampiran

Tiada Lampiran.