Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

217) MASALAH PENCEMARAN BAU BUSUK OLEH LADANG TERNAKAN AYAM MILIK SYARIKAT LAY HONG BERHAD DAN EVERGREEN ORGANIK FERTILISER S/B

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Walaupun sudah berulang kali masalah pencemaran bau busuk ini dibangkitkan sejak tahun 2005 hingga sekarang namun masih tiada tindakan dan penyelesaian,apakah puncanya?

    Jabatan Alam Sekitar telah terlibat bersama Majlis Daerah Kuala Selangor, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan beberapa agensi lain bagi menyelesaikan masalah ini. Di antara tindakan yang telah diambil oleh Syarikat Lay Hong Berhad bagi mengurangkan masalah bau dari kilang memprosesbaja Evergreen Organik Fertiliser SIB adalah seperti berikut:

    i) Penternak telah pun diarahkan untuk menggunakan enzim penyah bau terutamanya semasa cuaca lembab; dan
    ii) Menutup kawasan memproses baja serta dilengkapkan dengan sistem pengudaraan berserta sistem ekzos

    Jabatan Alam Sekitar Selangor telah pun menjalankan pensampelan bau pada 3 lokasi di sekitar premis kilang bagi melihat keberkesanan pengurangan bau dari tindakan tersebut. Hasil pengukuran mendapati terdapat pengurangan kadar bau adalah sebanyak 50 peratus dari paras sebelumnya.

  2. Sila nyatakan dengan jelas kenapa pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) gagal dan tidak berani mengarahkan kilang yang mendatangkan bau busuk itu ditutup atau dipindah ?

    Sama seperti di Sub(a).

  3. Kerajaan lama ternyata gagal dalam menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk tersebut. Oleh itu, apakah tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan baru ?

    Sama seperti di Sub(a).

Lampiran

Tiada Lampiran.