Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
42) MASALAH PENAGIH DADAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah pencegahan oleh Kerajaan Negeri bagi mengelak golongan muda dari terjebak dengan masalah dadah?
Langkah pencegahan bagi mengelak golongan muda terjebak dengan masalah penagihan dadah:
- Program pencegahan di dalam Institusi Keluarga
- Program pencegahan di Institusi Pendidikan
- Sekolah (Rendah & Menengah)
- Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)
- Program pencegahan dadah dalam komuniti
- Program Pencegahan dadah di tempat kerja
-
Tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka yang telah terjebak supaya dapat dipulihkan menjadi manusia biasa?
b dan c)
Tindakan kerajaan bagi membantu mereka terjebak dengan gejala dadah supaya pulih seperi manusia biasa :
- Program Rawatan & Pemulihan
- Pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah
- Memberikan pendidikan psikososial kepada penagih di dalam Pusat Pemulihan Dadah
- Meningkatkan self-esteem penagih
- Program kaunseling kepada penagih
- Program kerohanian
- Aktiviti fizikal (kawad dan riadah)
- Integrasi penagih ke dalam masyarakat
- Rawatan secara klinikal
- Pemulihan Dalam Komuniti
- Penubuhan pusat khidmat kepada penagih
- Program kerohanian
- Kelas bimbingan agama
- Guru bimbingan agama/ sukarelawan
- Program kerjaya
- Penganjuran karnival kerjaya kepada penagih
- Penempatan kerja untuk penagih
- Latihan kemahiran vokasional
- Program rawatan, perubatan & pemulihan
- Program methadone untuk kepulihan penagih
- Seminar/ bengkel kesihatan kepada penagih dadah & keluarga
- Mengadakan kerjasama pemulihan dadah di antara Jabatan Kerajaan di Negeri Selangor
- Penguatkuasaan
- Operasi bersepadu antara Agensi Penguatkuasaan/ Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
- Operasi berdasarkan aduan awam (komuniti)
- Operasi sekatan jalan raya dan terminal bas bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor
-
Jika tiada, apakah rancangan Kerajaan Negeri?