Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
190) MASALAH PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram di sepanjang Jalan Ampang- Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali-Empangan Semenyih dan Jalan Hulu Langat-Kuala Kelawang?
Kerja-kerja pembersihan sampah haram ini telah dibuat secara ‘in house’ mengikut pusingan.
Intipan
Intipan dan rondaan juga dilakukan oleh pegawai-pegawai jabatan Perkhidmatan perbandaran dan kesihatan dan penguat kuasa Majlis perbandaran Kajang.
Hebahan
Melalui Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk ataupun Ketua Kampung.
MPKj juga meletakkan tong RORO di beberapa lokasi yang dikenal pasi menjadi tumpuan pembuangan sampah haram.