Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

199) MASALAH PEMBERHENTIAN PEKERJA KERANA KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai pekerja sama ada di syarikat GLC Pusat, Negeri atau KilangKilang di berhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi dari tahun 2013 hingga 2015 ?

    1. Bagi tempoh 2013 hingga 2015 seramai 7,596 pekerja telah diberhentikan melibatkan 220 syarikat. Dari jumlah ini seramai 5,547 orang adalah pekerja tempatan dan seramai 2,049 adalah pekerja

     

     

    Tahun

     

    Majikan

    Pekerja Tempatan Pekerja Asing Jumlah Bilangan

    Pekerja Diberhentikan

    2013 58 1,476 1,688 3,164
    2014 44 1,563 333 1,896
    2015 118 2,508 28 2,536
    Jumlah 220 5,547 2,049 7,596

    * Sumber : Jabatan Tenaga Kerja, Selangor

  2. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu mereka yang kena buang kerja ?

    Bagi membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan untuk mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan program-program jom kerja di beberapa daerah seperti di sekitar

     

    Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat ini disyorkan untuk mendaftar dalam portal JobsMalaysia untuk penjodohan pekerjaan di samping menjemput mereka hadir ke karnival – karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mereka juga turut dipelawa ke Temuduga Terbuka yang diadakan di cawangan-cawangan Jabatan Tenaga Kerja.

     

    Selain usaha membantu pekerja yang terlibat mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan program-program bantuan melalui Jawatankuasa Tetap yang berkaitan untuk menggalakkan pekerja yang diberhentikan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti;-

     

    • Jawatankuasa Tetap Kemiskinan : Program Bantuan BluePrint Pembasmian Kemiskinan- yang memfokus kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal untuk membeli mesin. Bantuan maksimum diberikan adalah sebanyak RM 5,000.00 (bantuan dalam bentuk pemberian mesin bantuan perniagaan.)

     

    • Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan ; Program Hijrah Kerajaan Negeri menyediakan modal

     

    • Jawatankuasa Tetap Usahawan: Dana Mikro pemberian dana sehingga RM 30,000 untuk modal

     

    • Inisiatif E – Commerce – membantu menyediakan latihan dan kemahiran kepada usahawan yang berminat untuk terlibat dalam perniagaan secara atas talian (on – line).

Lampiran

Tiada Lampiran.