Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

214) MASALAH PEMBANGUNAN JALAN RAYA DILALUAN LBS ALAM PERDANA – BANDAR DESA COALFIELD

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan sesak kesan dari laluan jalan yang sempit. Banyak kemalangan yang telah berlaku sehingga meragut nyawa. Apakah langkah segera dilakukan oleh Kerajaan Negeri?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Meru Tambahan (FT 1210) iaitu bermula daripada persimpangan empat Persiaran Puncak Alam/ Persiaran Mokhtar Dahari sehingga persimpangan Jalan Kuala Selangor – Kepong (FT 54). Untuk makluman, terdapat 3 pemaju yang dikenakan syarat untuk kerja-kerja pelebaran jalan di FT 1210 iaitu Tetuan Paragon Pinnacle SB, Tetuan OIB Properties SB, Tetuan Worldwide Property Management S.B dan Tetuan Kemudi Ehsan Sdn. Bhd.

    Bagi kerja pelebaran melibatkan Tetuan Paragon Pinnacle SB kerja naiktaraf di peringkat akhir pembinaan. Manakala bagi kawasan kerja Tetuan OIB Properties SB dan Tetuan Worldwide Property Management S.B, kerja-kerja pembinaan dijangka mula pada bulan September, 2022.

    Bagi kawasan kerja Tetuan Kemudi Ehsan Sdn. Bhd adalah meliputi pelebaran jalan sedia ada sepanjang 1.756 km daripada 2 lorong kepada 6 lorong termasuk melebarkan jambatan sediaada, menaiktaraf system saliran, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat di persimpangan Persiaran Alam Perdana/ Jalan Meru Tambahan (FT 1210).

    Sehingga kini, pemaju Tetuan Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. masih belum melaksanakan kerja-kerja tersebut. JKR Daerah Kuala Selangor telah mengeluarkan surat kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor memohon pihak PBT untuk menyekat permohonan surat sokongan pengeluaran CCC Tetuan Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. dan pihak PBT telah mengeluarkan surat amaran kepada pemaju bertarikh 25 Mei, 2022 di mana tindakan sekatan kepada CCC akan dilaksanakan sekiranya pihak pemaju gagal melaksanakan kerja-kerja naiktaraf jalan tersebut.

  2. Aduan banyak telah dibuat tapi tiada tindakan dari jabatan yang terlibat. Mohon maklum balas.

    Aduan berkaitan kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan di lokasi tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemaju. JKR Daerah Kuala Selangor telah mengajukan aduan-aduan tersebut kepada pemaju dan memantau agar aduan –aduan tersebut ditutup dengan kadar segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.