Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
221) MASALAH PELANTIKAN KONTRAKTOR PEMBINAAN KELAS F RUMAH PPRT DI DAERAH PETALING
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kontraktor-kontraktor daerah ini yang enggan membantu kerajaan negeri untuk menyiapkan rumah pprt yang telah diluluskan?
Sehingga hari ini, tiada aduan yang dikemukakan berkenaan kontraktor yang enggan membantu Kerajaan Negeri bagi menyiapkan rumah bina baru di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Sekiranya perkara ini berlaku, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk menyenarai hitamkan kontraktor tersebut dari menggunakan perkhidmatan mereka di masa akan datang.
-
Apakah kerajaan negeri akan menyemak semula harga pembinaan rumah PPRT?
Kerajaan Negeri masih dalam kajian dan semakan semula berkenaan harga pembinaan rumah di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin.
-
Apakah pihak kerajaan negeri bersedia melantik kontraktor dari luar daerah Petaling?
Kerja-kerja melantik kontraktor adalah terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah. Namun begitu, kelulusan bagi sesebuah rumah untuk dibina baru dan dibaikpulih pula adalah di bawah kuasa Portfolio Kerajaan Prihatin.
Apa yang difahamkan, proses buka tender yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dibuka untuk kontraktor daerah berkenaan sahaja dengan tujuan untuk memberi peluang kepada kontraktor tempatan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih di peringkat perbincangan untuk melantik kontraktor dari luar daerah Petaling. Sekiranya dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), perkara ini akan diperluaskan lagi ke daerah- daerah yang lain.