Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

102) MASALAH PEKERJA ASING DI KAWASAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan serta pengubahsuaian bangunan-bangunan di persekitaran taman perumahan kerap melibatkan tenaga pekerja orang asing. Sering kali di persekitaran pembangunan tersebut terdapat aduan kes-kes jenayah. Di peringkat PBT apakah yang boleh dibuat untuk menangani masalah itu ?

    Kuasa PBT hanya meluluskan pelan ubahsuai bangunan yang dikemukakan dengan lengkap manakala pelantikan kontraktor adalah ditentukan oleh pemilik rumah itu sendiri. Apa yang boleh dilakukan oleh PBT untuk membantu mengurangkan masalah ini ialah dengan menetapkan syarat dalam kelulusan di mana pemilik hendaklah memastikan kontraktor dilantik menggaji pekerja asing yang sah sahaja.

  2. Bolehkah perintah berhenti kerja (stop Ðwork-order) dikenakan kepada kontraktor yang menggunakan tenaga asing haram ?

    Perintah berhenti kerja tidak boleh dikenakan kepada kontraktor yang menggunakan tenaga asing haram kerana di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133) perintah berhenti kerja hanya boleh dikenakan bagi kesalahan mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT malahan Akta 133 tidak menyentuh perihal tenaga pekerja asing. PBT tidak mempunyai autoriti untuk menentukan status pekerja asing. Status mereka hanya boleh disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.