Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
168) MASALAH PBT WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah premis perniagaan warga asing?
Bagi menangani masalah perniagaan warga asing, PBT Negeri Selangor mengguna pakai Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 yang telah menetapkan bahawa:
i. lesen penjaja hanya layak dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja; dan
ii. pembantu/ pekerja juga hendaklah dari warganegara Malaysia sahaja.
Oleh yang demikian, tiada warga asing dibenarkan menjalankan apa-apa aktiviti di bawah lesen penjaja sama ada sebagai pemilik atau pembantu.
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menutup premis warga asing mengikut PBT di Selangor pada tahun 2020.
Senarai operasi yang telah dibuat untuk menutp premis warga asing yang berusaha secara haram di PBT Negeri Selangor: