Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

171) MASALAH PBT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah aduan anjing liar?

    Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 semua PBT di Negeri Selangor menggunapakai Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

  2. Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menangkap anjing liar mengikut PBT di Selangor pada tahun 2019.

    PBT Negeri Selangor sentiasa melaksanakan operasi penangkapan anjing liar berdasarkan aduan yang diterima serta menjalankan operasi tangkapan anjing liar secara berkala. Bilangan operasi yang dilaksanakan mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    PBT BILANGAN OPERASI TANGKAPAN ANJING TAHUN 2019
    MBSA 1056
    MBPJ 169
    MPK 365
    MPAJ 281
    MPSJ 430
    MPS 40
    MPKj 3810
    MPSp 150
    MPKL 240
    MDHS 24
    MDKS 48
    MDSB 203

Lampiran

Tiada Lampiran.