Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

106) MASALAH PASAR MALAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pasar Malam, termasuk pasar tani banyak menimbulkan masalah kebersihan di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Adakah masalah kekerapan pasar malam dan pasar tani (tiga kali seminggu) di situ menyebabkan kebersihan tidak terkawal?

    Pada dasarnya, kekerapan pasar malam (2 kali seminggu) dan pasar tani (1 kali
    seminggu) sedikit sebanyak turut menyumbang kepada masalah kebersihan yang tidak
    terkawal di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

  2. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan gangguan terhadap bank-bank, Pejabat Pos, Sekolah Agama, Stesen Shell, kedai-kedai dan penduduk setempat?

    Bagi mengurangkan gangguan terhadap aktiviti bank-bank, pejabat pos, sekolah agama,
    stesen minyak Shell, kedai-kedai dan penduduk-penduduk setempat adalah wajar
    sekiranya aktiviti pasar malam dan pasar tani di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi ini
    dipindahkan ke satu lokasi lain yang bersesuaian serta tidak mewujudkan kacau ganggu
    kepada orang awam.

  3. Berapakah pungutan cukai yang didapati oleh MPKj dari penganjur dan peniagapeniaga di pasar malam dan pasar tani di situ?

    Anggaran bayaran petak dan lesen penjaja yang diterima daripada peniaga-peniaga
    pasar malam dan pasar tani Seksyen 16, Bandar Baru Bangi adalah sebanyak RM
    60,120.00 setahun. Perincian pengiraan tersebut adalah seperti berikut :-
    1) Pasar Malam (Selasa) – Lesen Penjaja (432 x RM20/setahun = RM8,640)
    – Bayaran Petak (470 ptk x RM1 x 4m x 12 bln
    =RM22,560)
    2) Pasar Malam (Sabtu) – Lesen Penjaja (342 x RM20/setahun = RM6,840)
    – Bayaran Petak (460 ptk x RM1 x 4m x 12 bln
    =RM22,080)
    3) Pasar Tani (Khamis) – Lesen Penjaja (63 x RM20/setahun = RM1,260) sahaja

Lampiran

Tiada Lampiran.