Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

235) MASALAH PASAR BESAR KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan MPK untuk menyelesaikan masalah ini ?

    Kerja-kerja naiktaraf bangunan & infra sedang dirancang dan dijangka akan dilaksanakan pada akhir tahun ini dengan anggaran kos RM500,000.00

  2. Benarkah terdapat undang-undang atau enakmen yang melarang penjualan barang-barang pasar dalam jarak 3 kilometer dari Pasar Besar Klang ? Sila perjelaskan

    Tidak ada undang-undang atau enakmen larangan penjualan barang-barang pasar dalam jarak 3 kilometer dari Pasar Besar Klang.  Kaedah larangan sementara ini  cuma pernah disyorkan 18 tahun yang lalu semasa proses perpindahan Kompleks Pasar yang lama dilaksanakan bagi menggalakkan peniaga patuh terhadap proses perpindahan tersebut.

  3. Mengapakah walau berkali-kali masalah tandas-tandas di Pasar Besar Klang di adukan kepada MPK, namun kontraktor yang sama mendapat kontrak penyelenggaraan tandas-tandas tersebut ? Mengapa tidak diserahkan kepada ramai lagi kontraktor berkemampuan yang lain ?

Lampiran

Tiada Lampiran.