Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
211) MASALAH PASAR BESAR KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan MPK bagi menghapuskan peniaga asing dan mengalibabakan lesen perniagaan?
Tindakan pihak MPK ialah dengan membatalkan peruntukan tapak perniagaan dan membatalkan lesen perniagaan bagi mana-mana peniaga yang mengalibabakan lesen dan memberikan pada peniaga asing.
-
Apakah masalah yang besar, yang dihadapi oleh MPK bagi menguruskan pasar ini kepada yang lebih baik?
Masalah utama yang dihadapi oleh pihak Majlis bagi menguruskan pasar ini adalah lebih kepada sikap peniaga-peniaga sendiri. Peniaga sentiasa melanggar arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Majlis. Walaubagaimanapun pihak Majlis melalui persatuan-persatuan sedia ada seringkali bermesyuarat bersama untuk mencari jalan bagi setiap isu yang ditimbulkan bagi tujuan menguruskan pasar ini kepada yang lebih baik.