Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

158) MASALAH ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Orang Asli merupakan golongan warganegara yang terpinggir dan perlukan tindakan segera.Berapakah jumlah populasi dan taburannya mengikut suku kaum bagi masyarakat Orang Asli di Selangor?

    Masyarakat Orang Asli yang terdapat di Negeri Selangor adalah seramai 15,376
    orang setakat Disember 2007. Suku Kaum Orang Asli yang terdapat di Negeri
    Selangor adalah dari Suku Kaum Temuan. Jumlah pecahan bagi daerah dan
    suku kaum Orang Asli Negeri Selangor adalah seperti di “Lampiran A”.

  2. Apakah rancangan dan peruntukan yang telah diambil untuk memperbaiki tarat hidup masyarakat Orang Asli di Selangor dalam tempoh masa 2001-2007?

    a) Sepanjang tahun 2001 hingga 2007 melalui RMK-8 dan RMK-9, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor telah membelanjakan peruntukan melalui 3 program untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat Orang Asli iaitu :
    i) PSK – Penyusuan Semula Kampung
    ii) PPE – Pelan Pembangunan Ekonomi
    iii) PPS – Program Pembangunan Sosial

    b) Rumusan perbelanjaan bagi 3 Program tersebut untuk tempoh 2001 hingga 2007 adalah seperti di “Lampiran B”.

    c) Antara perancangan yang telah dilaksanakan melalui 3 Program adalah
    seperti:-
    1) Pembinaan rumah PPRT
    2) Jalan Premix ke kampung-kampung
    3) Rumah Ketua-ketua Masyarakat
    4) Bantuan pendidikan
    5) Bantuan Usahawan Kecil
    6) Bantuan Peningkatan Pendapatan(SPKR)
    7) Bantuan-bantuan Kebajikan
    8) Program Pembangunan Minda (Kursus)
    9) Program Bimbingan Usahawan
    10) Pembangunan Projek-projek Pertanian

  3. Apakah dasar Kerajaan Selangor dalam mewartakan tanah warisan (customary land) untuk perkampungan OrangAsli?

    Dasar Kerajaan Negeri Selangor dalam mewartakan Tanah warisan (Customery
    Land ) untuk Perkampungan Orang AsH adalah di bawah bidang kuasa PTG
    Negeri Selangor ( Pengarah Tanah dan GaHan) selaras dengan Pekeliling
    KPTGP BiI.6/1999