Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
90) MASALAH NELAYAN PUKAT TUNDA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah permit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perikanan kepada nelayan pukat tunda di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010 ?
Semua lesen baru perkakas komersial (pukat tunda dan pukat jerut ikan) telah
dibekukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia kecuali permit vessel laut dalam sahaja
yang meliputi vessel yang beroperasi di Zon C2 dan Zon C3. Kuasa meluluskan di
bawah kuasa Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sehingga Jun 2010, tiada lesen
perkakas komersial dan permit vessel laut dalam baru dikeluarkan kepada nelayan
pukat tunda di seluruh Selangor.
Berikut adalah perincian vesel pukat tunda yang dilesenkan bagi tahun 2009 :-
BILANGAN VESEL PUKAT TUNDA BERLESEN TAHUN 2009
DAERAH ZON B
(5 Batu Nautika
ke atas)
ZON C
(12 Batu
Nautika ke atas)
ZON C2
(12 Batu Nautika
ke atas)
JUMLAH
SEPANG 0 0 0 0
KUALA LANGAT 14 1 0 15
KLANG 206 1 0 207
KUALA
SELANGOR
80 1 0 81
SABAK
BERNAM
293 114 2 409
JUMLAH 593 117 2 712JUMLAH VESEL BERLESEN TAHUN 2009
DAERAH ZON TANGKAPAN JUMLAH
ZON A ZON B ZON C ZON C2
SEPANG 157 0 0 0 157
KUALA LANGAT 315 14 1 0 330
KLANG 1172 207 1 0 1380
KUALA
SELANGOR
820 80 1 0 901
SABAK
BERNAM
725 306 137 7 1175
JUMLAH 3189 607 140 7 3943
CATATAN :
Zon A – Peralatan Tradisi (Pukat Hanyut)
Zon B, C dan C2 – Peralatan Komersial (Pukat Tunda dan Pukat Jerut Ikan) -
Sila nyatakan kenapa kebelakangan ini terdapat banyak aduan tentang pencerobohan pihak Polis Merlin Negara jiran khususnya Indonesia yang menangkap nelayan pukat tunda ?
Jabatan tidak dapat mengenal pasti sebab sebenar mengapa vesel pukat tunda di
Selangor sering ditahan oleh pihak berkuasa Negara jiran khususnya Indonesia. Waima,
daripada risikan jabatan, di antara sebab yang boleh mengakibatkan vesel tempatan
ditahan oleh pihak berkuasa Negara jiran adalah :-
1. Perairan bertindih yang dituntut oleh kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia)
yang masih belum di selesaikan secara muktamad di antara kedua-dua pihak.
2. Vesel tempatan Negara memang menceroboh di perairan Negara jiran
memandangkan sumber ikan yang masih banyak di negara tersebut akibat polisi
mereka yang tidak membenarkan perkakas Pukat Tunda diusahakan oleh nelayan
mereka di perairan sendiri.
3. Penggunaan nelayan daripada negara jiran oleh pemilik vesel Pukat Tunda Zon B
secara tidak sah akibat desakan untuk mengurangkan kos operasi vesel (buruh
murah) dan vesel boleh beroperasi 24 jam berbanding penggunaan nelayan
tempatan. Polisi Jabatan sedia ada hanya membenarkan vesel Zon C dan C2 untuk
menggunakan nelayan asing.
4. Ketidakmampuan Agensi Penguatkuasaan Maritim negara untuk membuat kawalan
secara berterusan khususnya di perairan 10 batu nautika ke atas. Jabatan akui
ketidakmampuan logistik kerana vesel peronda yang sedia ada adalah jenis bot laju
yang hanya mampu mengawal perairan kurang daripada 5 batu nautika daripada
pantai.
5. Tiada kerjasama daripada pemilik tempatan untuk membuat laporan kepada Jabatan
apabila vesel mereka ditahan oleh pihak berkuasa Negara jiran. Alasan mereka
bahawa vesel tidak akan dipulangkan jika ada pembabitan pihak berkuasa negara.
Pemilik lebih bersedia untuk membuat pembayaran pelepasan daripada vesel
mereka ditarik ke negara jiran.
Berasaskan sebab-sebab di atas, Jabatan hanya mampu untuk menyusulkan kepada
pihak Ibu Pejabat agar alasan (1) dan (4) dapat dibincangkan di peringkat yang lebih
tinggi. Kepada pemilik Pukat Tunda di Selangor, Jabatan hanya boleh menasihati
mereka agar :
i) Tidak menceroboh di perairan negara jiran.
ii) Tidak mengambil nelayan asing secara tidak sah tetapi menggunakan nelayan
tempatan.
iii) Melaporkan secara rasmi kepada Jabatan atau mana-mana Agensi
Penguatkuasaan Maritim negara mana-mana kejadian vesel yang telah ditahan
oleh pihak berkuasa negara jiran supaya isu ini dapat dibangkitkan diperingkat
‘Bilateral talk’ kedua-dua Negara.
iv) Menyahut seruan kerajaan agar dapat memasang alat pengesan pergerakan
atau Vesel Tradering Unit (VTU) di atas vesel masing-masing supaya
pergerakan vesel dapat dipantau dan di dokumenkan sebagai bukti. Masa kini,
Jabatan hanya menghendaki vesel Zon C2 atau yang bermuatan 70GRT ke atas
untuk memasang alat VTU ini. Vesel-vesel muatan lain adalah secara sukarela.