Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

230) MASALAH NAJIS DADAH YANG BERLELUASA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan statistik terkini mengenai jumlah penagih-penagih dadah di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah ?

    Sila lihat Lampiran A

    JUMLAH TERKINI PENAGIH DADAH DI NEGERI SELANGOR

    MENGIKUT  PECAHAN KAUM  DAN DAERAH

    MEI  TAHUN 2012

            JANTINA     KETURUNAN  
    DAERAH JUMLAH        
      KESELURUHAN            
      LELAKI   PEREMPUAN   MELAYU   CINA   INDIA   LAIN – LAIN
     
                     
    PETALING 1081 1004 77 696 157 173 55
    AMPANG 1023 963 60 784 145 77 17
    GOMBAK 835 817 18 639 54 133 9
    KLANG 1323 1283 40 864 185 253 21
    HULU LANGAT 509 487 22 361 75 46 27
    HULU SELANGOR 339 337 2 277 14 48 0
    KUALA SELANGOR 342 328 14 270 39 33 0
    KUALA LANGAT 331 322 9 243 65 20 3
    SABAK BERNAM 345 336 9 303 35 7 0
    SEPANG 289 279 10 248 20 15 6
                   
    JUMLAH KESELURUHAN   6417   6156   261   4685   789   805   138
                   
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah kes tangkapan terhadap penagih dadah yang dilakukan oleh pihak Polis di Dun Sekinchan sepanjang tahun 2011 mengikut pecahan kaum ?

     

    Bil AKTA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
    1 Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan & Pemulihan) Pin.

    1998

    120 8 3
    2 Akta Dadah

    Berbahaya 1952

    56 19 1 2(MYANMAR)
      JUMLAH 176 27 4 2
  3. Sila huraikan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja semakin mudah terjebak dalam kancah najis dadah ?

    Punca utama remaja terlibat dengan najis dadah kerana :

    1. Remaja merasa telah dewasa
      • Remaja suka meniru gaya dan tingkah laku orang dewasa bercakap, berpakaian dan lain-lain ;
      • Menganggap diri dewasa beri makna bebas dan boleh buat keputusan sendiri ;
      • Boleh buat apa sahaja seperti merokok, keluar rumah tanpa memberitahu ibubapa dan lain-lain ;
      • Berada dalam era eksplorasi iaitu suka mencuba sesuatu yang baru.
    2. Remaja merasakan diterima dan dapat bersama rakan-rakan
      • Remaja biasanya berkehendakkan orang menyukainya ;
      • Remaja mengikut kehendak kawan supaya mereka diterima dalam kumpulan ;
      • Remaja menghisap rokok/mengambil dadah untuk bersama dan diterima oleh kawan ;
      • Mencarai-cari identiti diri dan idola untuk dijadikan model diri ; – Pengaruh kawan adalah satu perkara yang sukar dielakkan.
    3. Untuk menghilangkan rasa tertekan (stress)
      • Remaja menganggap dadah boleh menolong mereka melupakan masalah ;
      • Remaja menggunakan cara yang tidak sihat/salah untuk mengatasi tekanan (stress).
    4. Untuk mengambil risiko dan memberontak
    • Ibubapa sedar anak-anak kadangkala suka mengambil risiko seperti suka bermain dengan benda-benda berbahaya ;
    • Remaja menganggap mengambil risiko bermakna wira ;
    • Mempunyai daya imaginasi yang cukup tinggi ;
    • Remaja akan mengambil dadah sebagai satu daripada cara memberontak.

         5. Memenuhi rasa ingin tahu

    • Remaja suka memenuhi rasa ingin tahu kepada perkara-perkara baru seperti merokok dan mengambil dadah ;
    • Pengaruh rakan dan dorongan negatif boleh membawa mereka memenuhi keinginan baru.

Lampiran

Tiada Lampiran.