Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

77) MASALAH MURTAD

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini berdasarkan kes dan statistik?

    Isu murtad bukanlah satu perkara yang baru. Ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Begitulah seterusnya terus berlaku kepada setiap zaman.

    Tidak dapat dinafikan kejadian murtad turut berlaku di Negeri Selangor.

    Kebanyakan kes ini adalah dari kalangan saudara baru (muallaf) yang memeluk Islam bukan didorong oleh kefahaman tentang Islam, tetapi sebab lain seperti berikut:

    1. Dilahirkan dalam keadaan Islam, tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam, dan beramal dengan agama penjaganya yang bukan Islam.
    2. Tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna sejak kecil sehingga berhasrat untuk keluar Islam.
    3. Baru memeluk Islam hanya sekadar untuk berkahwin, tetapi dianiayai dan ini kembali ke agama asal. iv. Mendakwa pengislamannya tidak sah kerana bukan dengan kerelaan hati atau dalam keadaan tak sedar.

    Mengikut jumlah pemohon yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bagi menjalani penasihatan aqidah, runding cara atau istitabah di jabatan ini adalah seperti berikut:

    TAHUN
    MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN*
    DAFTAR
    2009 1 1
    2010 4 20 1 25
    2011 5 41 2 48
    2012 2 10 12
    JUMLAH 12 71 3 86

    * Serani dan Filipina

    Terdapat juga kes-kes bukan perintah mahkamah dari kalangan mereka yang memohon terus ke Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menukar nama dan status agama dalam kad pengenalan setelah permohonan tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara tidak diuruskan.

    Jabatan Mufti Negeri Selangor juga mengambil tanggung jawab memberikan khidmat nasihat bagi kes-kes seperti ini. Tetapi ia bergantung kepada persetujuan dan kerjasama dari pemohon. Kebiasaannya mereka enggan bekerjasama setelah mengetahui bahawa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan permohonan mereka.

  2. Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan akidah umat Islam terpelihara di samping menghormati kebebasan beragama penganut lain?

    Akidah adalah persoalan teras yang sangat penting untuk dijaga dan dipelihara di kalangan umat Islam. Kerajaan negeri tidak pernah memandang remeh dan mengkesampingkan isu akidah ini, malahan pelbagai usaha dan perancangan telah dan akan terus dilaksanakan demi memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam ini. Antara perancangan yang sedang giat dijalankan;

    1. Mengadakan program-program atau aktiviti-aktiviti ke arah memperkukuhkan akidah umat Islam seperti Program Memperkasa Dan Memperkukuhkan Akidah (PASAK) yang dijalankan secara menyeluruh ke atas semua golongan sasar pada semua peringkat umur dari kanakkanak, remaja, belia, warga IPTA / IPTS, industri dan warga emas. Program ini melibatkan ke semua sembilan daerah di Negeri Selangor. Pendekatan yang digunakan dalam bentuk forum, kem pemantapan akidah dan ibadah, diskusi ilmiah, ‘talk-show’ bersama tokoh, ceramah dan seminar.
    2. Mengadakan sesi kaunseling dan mendekati golongan-golongan yang bermasalah melalui pelbagai kaedah, antaranya Program Kubro iaitu satu program berbentuk sesi kuliah dan praktikal melibatkan remaja yang bermasalah yang pernah ditahan atas kesalahan syariah untuk diberi penerapan kepada nilai Islam dan rasa ihsan kepada Allah SWT.
    3. Mengadakan program Ziarah di hospital-hospital, rumah-rumah kebajikan dan rumah warga emas bersama dengan NGO’s Islam. Usaha ini sangat penting agar saudara-saudara kita yang dalam kesusahan dan kesengsaraan tidak rasa terpinggir dan dihampiri oleh gerakan-gerakan yang cuba memesongkan akidah mereka.
    4. Pembudayaan ilmu di kalangan umat Islam juga giat dijalankan. Masjidmasjid dan agensi-agensi digalakkan untuk mengadakan kelas-kelas bimbingan secara berkala untuk ahli kariah dan kakitangan masingmasing. Topik-topik berkaitan akidah, syariat dan akhlak ditekankan dan diperjelaskan kepada semua peserta.
  3. Apakah enakmen-enakmen Islam negeri yang ada tidak berupaya menyelesai masalah ini atau gagal dikuatkuasakan dengan berkesan?

    Seseorang yang beriman akan terkeluar dari agama Islam dan akan menjadi kafir dengan sebab berlaku salah satu dari perkara-perkara berikut:-

    i) Melalui perkataan bahawa seseorang itu telah menyatakan keengganan mengamalkan ajaran Islam. ii) Melalui perbuatan bahawa seseorang itu telah mengamalkan ibadat agama selain Islam.

    iii) Melalui hati bahawa seseorang itu telah berniat tidak mahu mengikut atau mengamalkan ajaran Islam.

    Murtad tidak boleh semata-mata dirujuk secara langsung tetapi isu perbuatan keluar agama Islam dan masuk kepada agama lain selain Islam. Di dalam kes yang melibatkan fakta perbuatan keluar agama, penguatkuasaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdepan dengan masalah pembuktian kepada kesalahan-kesalahan di bawah :-

    1. Seksyen 4 (Kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beugama Islam supaya mengubah keimanan);
    2. Seksyen 5 (kesalahan mendedahkan orang yang belum dewasa beugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam); iii) Seksyen 6 (kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam);
    3. Seksyen 7 (kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang beragama Islam);
    4. Seksyen 8 (kesalahan membahagikan di tempat awam terbitan mengenai ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam);
    5. Seksyen 9 (kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumberkan Islam).

    JAIS juga berdepan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan kes-kes terlibat. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri kini sedang bertungkus lumus mencari jalan terbaik bagi menghadapi kes-kes yang melibatkan perbuatan keluar Islam dan menganut agama lain. Di peringkat persekutuan juga melalui JAKIM telah menganjurkan sesi penambahbaikan Enakmen tersebut dan keberkesanan penguatkuasaan. JAKIM juga telah membentuk Jawatankuasa Induk Penguatkuasaan dan Penyelarasan Undangundang Syariah yang mana S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri menjadi ahlinya.

Lampiran

Tiada Lampiran.