Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

226) MASALAH-MASALAH BANJIR KILAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah masalah banjir kilat di beberapa Kawasan di dalam Negeri Selangor masih belum dapat diatasi sepenuhnya, walaupun telah berpuluh tahun masalah ini berlarutan?

    Di antara punca utama berlakunya banjir kilat adalah penerimaan hujan yang melebihi reka bentuk struktur saliran sedia ada. Di samping itu pembangunan yang pesat menyumbang kepada kenaikan air larian hujan. Oleh itu, diharap dengan adanya pelan induk saliran ini akan dapat membantu mengawal aliran air sedia ada. Penyelesaian secara menyeluruh melibatkan banyak pihak bukan sahaja dari kerajaan negeri malah pihak pemaju swasta dan juga masyarakat setempat.

  2. Apakah langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu dan mengatasi masalah-masalah banjir kilat ini pada masa hadapan?

    Di samping melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir sedia ada, Kerajaan Negeri juga sedang giat melaksanakan pelan Kajian Induk Saliran bagi kawasan lain yang telah dikenal pasti. di antara kawasan yang telah untuk dilaksanakan di dalam RMK10adalah

    1)Batu9,Sijangkang,

    2)Banting,

    3)Selayang

    4)Rawang

    5) Kuala Selangor

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai satu Laporan Pakar yang terperinci bagi seluruh kawasan di Negeri Selangor untuk membantu mengatasi serta mengawal kejadian banjir kilat ini?

    Sehingga ke hari ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan sebanyak 4 laporan terperinci bagi mengatasi masalah banjir secara bersepadu. Laporan ini diguna pakai oleh kesemua agensi utama yang berkaitan bagi mengatasi masalah banjir seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Keempat laporan tersebut adalah Pelan Induk Saliran Bandar Klang, Pelan Induk Saliran Bandar Sungai buloh Pelan Induk Saliran Bandar Seri Kembangan dan Sungai Besi dan Pelan Induk Saliran Bandar Kajang. Dalam usaha memantapkan perancangan Kerajaan negeri kini sedang dalam proses melaksanakan kajian yang seterusnya melibatkan kawasan Banting dan Batu 9, Sijangkang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.