Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
319) MASALAH LONGKANG DAN PERPARITAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada peruntukan tersedia untuk MBDK atau JPS untuk membaiki longkang dan parit yang tersumbat dan rosak teruk yang boleh mengakibatkan peratusan pesakit denggi meningkat di dalam DUN Selat Klang?
Maklum balas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM206,980.00 untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan parit bagi mengurangkan risiko parit tersumbat di kawasan DUN Selat Klang. Berikut adalah perincian kerja penyelenggaraan parit:-
Bil.
Tajuk Kerja Skop Kos
(RM)
Tarikh Mula
–
Tarikh Siap
Status
1. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Berkala di Parit Borrowpit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Delek, Daerah Klang Selangor Darul Ehsan Pembersihan parit
140,760.00
15.4.2024
–
15.2.2025
Dalam Pelaksanaan
Jadual: 20%
Sebenar: 20%
(sehingga
24 Jun 2024)
2. Kerja-Kerja Mengorek Semula Parit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Sg. Udang Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Pembersihan parit
45,020.00 16.4.2024 –
10.6.2024
Siap
(Kerja Undi Pusingan 1)
3. Kerja-Kerja Mengorek Semula Parit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kg. Sg. Sireh Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Pembersihan parit
21,200.00 16.4.2024 –
10.6.2024
Siap
(Kerja Undi Pusingan 1)
Jumlah
206,980.00
Maklum balas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
Majlis Bandaraya Diraja Klang memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 pada tahun 2024 bagi kerja-kerja pembaikan longkang, sistem perparitan dan kerja-kerja berkaitan di kawasan DUN Selat Klang.