Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

136) MASALAH LIMPAHAN KONKRIT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah limpahan konkrit ke atas jalan oleh lori bancuhan konkrit.

    Usaha yang dilakukan oleh PBT bagi menangani masalah limpahan konkrit ke atas jalan oleh lori bancuhan konkrit ialah:-

    • PBT telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pemaju & pengusaha konkrit bagi mencari jalan penyelesaian ke atas masalah tumpahan konkrit;
    • PBT telah melaksanakan pemantauan atau rondaan ke atas tapak-tapak projek secara berkala bagi memastikan pihak syarikat atau pemaju terbabit mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis;
    • Pihak syarikat atau pemaju yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133), Seksyen 47 (1) (e) oleh PBT;
    • Disamping itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menguatkuasakan tindakan terhadap pemandu lori yang mambawa lebihan muatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat juga boleh mengenakan tindakan yang sama di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.