Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

274) MASALAH LALAT DAN BAU KURANG MENYENANGKAN DARI KILANG AYAM TELUR DI KAMPUNG SIMPANG TIGA JERAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah kebanjiran lalat dan bau kurang enak yang terpaksa dihadapi penduduk sekitar kilang ayam telur di Kampung Simpang Tiga Jeram. Apakah langkahlangkah yang telah diambil bagi menangani masalah ini?

    Pihak MDKS pernah menjalankan operasi secara dalaman dan juga bersepadu terhadap kilang tersebut. Pihak MDKS telah mengeluarkan notis dan mengeluarkan kompaun di bawah seksyen 82(5) Akta Kerajaan Tempatan.

    MDKS dan Jabatan-jabatan berkaitan termasuk JAS telah mengenakan syarat- syarat dan piawaian kepada pemilik premis untuk dipatuhi dalam tempoh 6 bulan dari tarikh 20.9.2017. Sekiranya pemilik premis gagal mematuhi syarat dan piawaian tersebut tindakan selanjutnya akan diambil dengan menimbang semula keputusan Kebenaran Merancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.