Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

133) MASALAH LALAT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha tegas yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke atas pengusaha-pengusaha ayam yang menimbulkan masalah lalat ?

    Sehingga Oktober 2021, sebanyak 32 ladang ternakan ayam telah diperiksa hasil daripada aduan kacauganggu lalat dan bau yang diterima oleh jabatan. Berikut merupakan perincian bagi pencapaian sehingga Oktober 2021 seperti dibawah :

     

    Bulan Jumlah Pemeriksaan
    Januari 2
    Februari 1
    Mac 2
    April 1
    Mei 17
    Jun
    Julai 2
    Ogos 2
    September 4
    Oktober 1
    Jumlah 32 ladang

     

    Berdasarkan rekod pencapaian, daripada 32 ladang yang diperiksa, 3 ladang telah dikenakan tindakan sitaan penutupan kerana kegagalan pihak ladang menguruskan kebersihan ladang, beroperasi tanpa lesen sehingga gagal mengawal kacauganggu lalat yang berpunca daripada premis. Sebanyak 49 notis telah dikeluarkan kepada semua pengusaha premis, 18 kompaun kesalahan melibatkan kesalahan kacauganggu yang dilakukan oleh pengusaha ladang ayam telah dikeluarkan kepada pengusaha ladang ayam yang ingkar akan arahan notis kompaun yang diberikan. Tindakan pengutkuasaan yang dijalankan adalah menggunakan peruntukan Perundangan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang – Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Majlis Daerah Kuala Selangor 2007.

     

    Bagi permohonan-permohonan baharu atau pemutihan reban ayam di dalam daerah Kuala Selangor, MPKS hanya membenarkan dan meluluskan reban-reban ayam yang berkonsep tertutup sahaja boleh dipertimbangkan untuk diluluskan dengan pematuhan syarat-syarat agensi teknikal yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.