Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
30) MASALAH KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan sendiri kerja pembersihan sampah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bilakah ia akan dilaksanakan. Jika perancangan ini dilaksanakan berapakah penjimatan kos yang boleh disalurkan ke sektor yang lain
Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum membuat keputusan muktamad sama ada akan
melaksanakan sendiri kerja-kerja pembersihan sampah melalui Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) atau menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal untuk melaksanakannya. Kerajaan Negeri akan mengadakan
perbincangan lanjut dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
berhubung perkara ini sebelum satu keputusan muktamad dapat diputuskan. -
RM 60 juta yang dibayar oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada Alam Flora adalah membazir kerana pembersihan tidak mencapai tahap yang dibanggakan. Bila dan huraikan secara terperinci cadangan pengambilalihan semula daripada Alam Flora
Buat masa sekarang MBSA tidak mendapat sebarang arahan bertulis daripada
peringkat Kerajaan Negeri berkaitan dengan cadangan pengambilalihan semula kerjakerja kutipan sampah dan pembersihan awam. Oleh yang demikian, MBSA tiada
perincian rancangan pengambilalihan daripada pihak Alam Flora Sdn. Bhd. MBSA
hanya menerima arahan dari peringkat Persekutuan iaitu Jabatan Sisa Pepejal Negara
berkenaan penswastaan penuh selewat-lewatnya pada Januari 2009. Namun begitu,
MBSA akan membuat program terperinci berkaitan kerja-kerja pengutipan sampah dan
pembersihan awam sekiranya mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri dalam masa
terdekat ini. -
Apa akan jadi kepada kakitangan Alam Flora sekiranya cadangan dilaksanakan. Adakah kakitangan ini akan diserap ke MBSA dan sebagainya
Urusan pelaksanaan pelantikan kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd untuk berkhidmat ke
MBSA sekiranya Alam Flora diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Negeri Selangor.