Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
101) MASALAH KUTIPAN SAMPAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini masalah tersebut dan bagaimanakah penyelesaian secara holistik telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri ?
Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah sampah yang dihadapi oleh PBT. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya dilaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan kontraktor yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah melancarkan Talian Hotline Aduan Sampah (1-800-88-2824) yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat SUK Selangor bagi memudahkan semua pihak untuk membuat sebarang aduan berhubung dengan masalah kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dihadapi.
-
Sila kemukakan PBT manakah yang masih dibelenggu oleh masalah kutipan sampah dan apakah tindakan drastik dan proaktif yang telah dilakukan bagi mengatasi permasalahan tersebut ?
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyatakan tindakan yang drastik dan proaktif yang telah dilakukan adalah dengan mengeluarkan tawaran tender 50 kawasan kepada 50 kontraktor selama 3 tahun dan penambahan 2 tahun kepada kontraktor yang berprestasi baik serta mempunyai keperluan logistik. Manakala pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tiada menghadapi masalah selepas proses penyelarasan jadual tugas kutipan sampah disusun semula bagi meningkatkan perkhidmatan kutipan sampah.
-
Sila senaraikan secara terperinci kos pengurusan kutipan sampah bagi setiap PBT sebelum dan selepas tamatnya perkhidmatan Alam Flora ?
Setelah proses pengambilalihan dilaksanakan, semua PBT menyuarakan bahawa terdapat penjimatan terutama daripada segi kos berbanding semasa di bawah kendalian pihak AFSB. Jumlah terperinci kos pengurusan bagi setiap PBT tersebut dapat dilihat seperti di LAMPIRAN 1.
LAMPIRAN 1
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SEMASA AFSB SETAHUN (RM)
SELEPAS AFSB SETAHUN (RM)
1. MAJLIS BANDAR RAYA SHAH ALAM 22,402,126.68 18,909,789.28 2. MAJLIS BANDAR RAYA PETALING JAYA 60,800,000.00 45,400,000.00 3. MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 28,270,000.00 20,400,000.00 4. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 23,040,000.00 16,721,847.60 5. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 29,596,009.67 18,965,196.10 6. MAJLIS PERBANDARAN KLANG 19,075,296.96 15,135,378.00 7. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 18,626,358.60 14,779,440.00 8. MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 7,881,918.00 7,036,237.44 9. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 4,000,000.00 3,700,000.00 10. MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 3,809,891.00 1,977,240.00 11. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TIADA BERKAITAN 12. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 3,202,744.32 3,802,274.40 *** sumber : Semua PBT, Negeri Selangor