Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

11) MASALAH KILANG DAN STOR HARAM DI KAMPUNG BARU PANDAMARAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak rumah di Kampung Baru Pandamaran telah dijadikan kilang dan stor tanpa kebenaran yang tidak mungkin dapat diputihkan memandangkan tanah rumah tersebut adalah tanah kediaman. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?

    Majlis Perbandaran Klang akan menjalankan penyediaan inventori ke atas rumah-rumah yang ditukarguna kepada ‘kilang’ dan stor di kawasan Kampung Baru Pandamaran.

    Pengezonan semula kegunaan tanah merujuk Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) 2020 akan dibuat bagi tujuan menyelaras lot-lot perumahan kepada ‘perindustrian’ tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat teknikal dan kesesuaian lokasi bagi memastikan tiada kacau ganggu dan pencemaran berlaku.

Lampiran

Tiada Lampiran.