Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
301) MASALAH KETIADAAN GERAN PERSENDIRIAN (INDIVIDUAL TITLE) DAN GERAN BERTINGKAT (STRATA TITLE) BAGI BANGUNAN DI TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan pemecahan Òmaster titleÓ ini?
Pemilik Tanah Berdaftar iaitu PNSB dan Continental Heights Development Sdn.Bhd. adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah ini walaupun pihak pemaju telah diberikan kuasa berdasarkan apa jua perjanjian usaha sama yang dimeterai bersama pemilik tanah berdaftar untuk melaksanakan semua urusan berkaitan perihal tanah. Ini jelas dinyatakan di dalam Seksyen 8 Akta Hak milik Strata iaitu :
“Pemilik mana-mana tanah beri milik yang di atasnya terdapat suatu bangunan yang telah siap yang boleh di pecah bahagikan di bawah Seksyen 6 hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), memohon mengikut Seksyen 10 untuk memecah bahagi bangunan itu jika pada bila–bila masa dia telah menjual atau bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu kepada mana-mana orang.”
Maklumat Tambahan :
Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (Bahagian Hak milik Strata) telah menjalankan penguatkuasaan mengikut Seksyen 8 Akta Hak milik Strata 1985
bagi perkara di atas berdasarkan aduan yang diterima dari pembeli sejak tahun 2004. Didapati keseluruhan tanah di kawasan Taman Putra Perdana melibatkan sebanyak 57 projek pembangunan yang melibatkan 6 lot tanah yang berbeza. Pemilik berdaftar bagi lot–lot tanah tersebut adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad sebanyak 2 lot tanah dan Continental Heights Development Sdn. Bhd. sebanyak 4 lot tanah seperti yang dinyatakan pada Lampiran B.
Permodalan Negeri Selangor Berhad telah melantik Kenshine Corporation Sdn Bhd (Pemaju) untuk 2 lot tanah dan Continental Heights Development Sdn Bhd telah melantik Cekap Mesra Development Sdn Bhd (Pemaju) untuk 4 lot tanah bagi memajukan dan membangunkan kawasan lot tanah tersebut berdasarkan Surat Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani oleh Pihak Pembeli dan Pihak Pemaju dan Pihak Pemilik Tanah Berdaftar masing-masing pada 1997 dan 1999. (Sila Rujuk Lampiran A)
Sehingga kini, tiada pembangunan baru yang diluluskan di atas lot-lot tanah tersebut memandangkan pihak pemaju gagal dalam membuat permohonan pecah sempadan bagi maksud hak milik individu dan hak milik strata
-
Mengapa proses pemecahan Òmaster titleÓ ini mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan?
Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 1 November 2013 telah menolak soalan
-
Sekiranya pemaju tidak dapat menyelesaikan masalah ini, apakah tindakan drastik Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini yang telah berlarutan begitu lama.
Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 1 November 2013 telah menolak soalan