Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
224) MASALAH KESESAKAN LALULINTAS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di DUN Teratai?
Hasil daripada semakan mendapati kesesakan lalu lintas di DUN Teratai berpunca daripada pemandu memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk ke pasar dan kedai makan yang berdekatan. Oleh itu, salah satu cara bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah memindahkan tapak pasar dan kedai makan ke tapak yang bersesuaian.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan satu pelan yang lengkap untuk menambahbaikkan keadaan lalu lintas DUN Teratai dalam masa 5 tahun?
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas pengangkutan awam bagi tujuan mengatasi masalah lalulintas dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam.
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melantik pakar untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di DUN Teratai?
MPAJ tidak mempunyai perancangan untuk melantik pakar bagi menyelesaikan masalah lalulintas di DUN Teratai.