Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

185) MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA DI KAWASAN PUTRA PERMAI DAN PENGGUNAAN TANAH RIZAB JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kepadatan penduduk di kawasan Putra Permai ini perlu kepada satu penyelesaian. Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya dikawasan ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah meliputi parit, sungai dan kolam takungan hendaklah dikekalkan dari sebarang kegunaan aktiviti-aktiviti lain kerana tanah rizab tersebut berfungsi untuk:

    1. Sebagai ruang untuk melebar dan melurus sungai pada masa hadapan
    2. Sebagai ruang untuk kemudahan-kemudahan sungai seperti pembinaan benteng
    3. Untuk bertindak sebagai kawasan dataran banjir
    4. Untuk memelihara kestabilan tebing
    5. Sebagai kawasan ‘buffer’ untuk mengawal hakisan
    6. Untuk membenarkan sedikit hakisan berlaku dan perkembangan liku-liku sungai
    7. Sebagai laluan masuk bagi menjalankan kerja-kerja pengendalian dan penyelenggaran
    8. Sebagai ruang untuk tempat penyimpanan sementara (stockpile) tanah buang
    9. Sebagai ruang untuk kerja-kerja pengindahan serta kemudahan-kemudahan rekreasi

    (Sumber Rujukan : i) Garispanduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai

     

    JPS sebolehnya tidak membenarkan sebarang binaan atau struktur kekal dibina di atas tanah rizab sungai kecuali bagi tujuan seperti berikut sahaja:-

    1. Tapak semaian / jualan pokok hiasan
    2. Pertanian (tanaman kontan)
    3. Pondok Pengawal
    4. Papan iklan (billboard)
    5. Tempat letak kereta

     

    Walau bagaimanapun, bagi tujuan tapak semaian/ jualan pokok hiasan dan pertanian (tanaman kontan) adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah manakala bagi tujuan pondok pengawal, papan iklan (billboard) dan tempat letak kereta adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan iaitu pihak Majlis.

     

    Maklumat Tambahan Berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Atas Rizab Sungai Klang (Sumber: PlanMalaysia@Selangor)

     

    Rizab Sungai (Zon Kawalan Sungai/Koridor Sungai)

    Koridor sungai dan zon kawalan sungai adalah satu kawasan bersebelahan kedua-dua tebing sungai yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara atau tanah milik persendirian yang diberi milik boleh dibangunkan tertakluk kepada garis panduan ini. Perizaban di bawah Seksyen 13, Kanun Tanah Negara tidak menghadkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk melupuskan mana-mana tanah dalam lingkungan 50 meter tebing sungai.

    Pembangunan Yang Dibenarkan:

    1. Kesinambungan Pembangunan Waterfront
    2. Perniagaan- Struktur Tidak Kekal
    3. Landskap dan Rekreasi
    4. Infrastruktur dan Utiliti
    5. Pertanian Bandar

     

    Rizab Sungai (Zon Sungai)

    Zon ini adalah ruang/jarak alur yang besar merupakan alur-salir semulajadi bagi sesuatu lembangan sungai diukur dari paras air tertinggi berdasarkan Kajian Hidrologi dan Hidraulik.

    Pembangunan Yang Dibenarkan:

    1. Akuakultur
    2. Eko-Pelancongan
    3. Struktur terapung, landasan bot, marina dan kemudahan teksi air
    4. Struktur utiliti merentangi sungai
  2. Apakah pendirian kerajaan bagi tanah rizab JPS untuk digunakan bagi apa-apa aktiviti?

    Tanah rizab JPS adalah luar bidang kuasa JKR (Dijawab oleh JPS). Terdapat garisan panduan oleh SPS untuk penggunaan rizab JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.