Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
211) MASALAH KERJA PENYELENGGARAAN MAJLIS
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan longkang-longkang, di kawasan Taman Perumahan, kampung-kampung yang berada di kawasan Majlis, lampu jalan yang gelap di kawasan taman-taman perumahan Kg Air Panas dan Kg Pasir Kerling. Keadaan ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, lampu jalan yang gelap di waktu malam membahayakan keselamatan penduduk. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
-
Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan?
-
Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?