Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

285) MASALAH KEKURANGAN TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peratusan perkembangan terkini proses perwartaan Tanah Perkuburan Bersepadu yang bakal diadakan di seluruh Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JPBD telah kenalpasti empat (4) tapak/lokasi yang berpotensi untuk diwartakan/dibangunkan sebagai Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) Negeri Selangor. Untuk tujuan tersebut, dua tapak cadangan iaitu RRIM, Petaling Jaya (MBPJ) dan Lot 3366, Mukim Sepang (MPSpg) masih belum dilakukakan sebarang proses cadangan pemajuan. Walaubagaimanapun, untuk dua tapak cadangan di Hulu Langat dan Sepang telah ada kemajuan proses cadangan di laksanakan diperingkat PBT iaitu:

     

     

     

    Bil. Daerah Mukim Lot Terlibat Luas Status
    1. Hulu Langat Hulu Semenyih 29 Lot (Lampiran A) 119.944

    ekar

    Permohonan Pengambilan Tanah telah dihantar kepada Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat pada 8.8.2014
    Bil. Daerah Mukim Lot Terlibat Luas Status
    2. Sepang Sepang 1 Lot (Sebahagian Lot 5758) 25 ekar Telah warta pada 12 Julai 2012
              Islam – WKNS No : 2927

    Hindu – WKNS No : 2958

     

              Cina – WKNS No : 2930

    Sumber : Inventori Tanah Perkuburan Bersepadu Negeri Selangor, April 2011

  2. Berapakah banyak caruman kubur dikutip kerajaan sehingga sekarang dan berapa banyak telah diperuntukkan untuk memelihara tanah-tanah perkuburan bukan Islam di Selangor?

    1. Status Semasa Kutipan Terkumpul Caruman Akaun Amanah Perkuburan sehingga 31 Oktober 2014 adalah berjumlah RM 39,901,659.91. Jumlah kutipan berdasarkan daerah adalah seperti berikut:

     

    Bil Daerah Jumlah (RM)
    1. Petaling 7,717,384.75
    2. Gombak 4,785,953.81
    3. Hulu Langat 14,709,745.45
    4. Klang 2,905,900.75
    5. Sepang 6,097,347.50
    6. Kuala Langat 1,726,676.30
    7. Kuala Selangor 1,213,272.30
    8. Hulu Selangor 119,490.50
    9. Sabak Bernam 625,888.55
    JUMLAH 39,901,659.91

    Sumber : Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN Selangor

     

     

    Penggunaan Wang Caruman Bagi Tanah-Tanah Perkuburan Bukan Islam

    Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa bagi tujuan penggunaan wang caruman Akaun Amanah Perkuburan sehingga 31 Oktober 2014 adalah berjumlah RM573,995.58 Perincian adalah seperti berikut (mengikut daerah):

     

     

     

    BIL JABATAN PERKARA TAHUN JUMLAH (RM)
    Petaling
     

    1.

    Persatuan Perkuburan Orang Cina Batu 3 Shah Alam  

    Pembinaan Calibrium

     

    2011

     

    70,000.00

    JUMLAH 70,000.00
    Hulu Selangor

     

    BIL JABATAN PERKARA TAHUN JUMLAH (RM)
        Membina Tembok    
    1.   Penahan Tebing di Tanah Perkuburan Hulu Bernam 2014 157,374.00
        Membina Crematorium di    
    2.   Tapak Perkuburan Kaum 2014 36,195.80
        Hindu    
        Membina Jalan Premix di    
    3.   Tapak Perkuburan Cina 2014 9,258.00
        KKB    
        Membina Jalan Premix dan    
    4. Pejabat Daerah Hulu Selangor Pagar di Kubur Cina Hokkien 2014 52,629.00
      Membaiki Infrastruktur di    
    5.   Tanah Perkuburan Guang 2014 75,882.00
        Xi    
        Membina Pagar dan    
        Membaiki Semula Jalan    
    6.   dan Longkang di Tanah 2014 112,238.00
        Perkuburan Cina    
        Kalumpang    
        Membaiki      Jalan     Raya,    
    7.   Longkang   dan   Pagar    di Tanah    Perkuburan                Cina 2014 60,419.00
        Serendah    
    JUMLAH 503,995.80

    Sumber : Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.