Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

218) MASALAH KEKURANGAN BUAH KELAPA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini industri kelapa muda dan tua serta apakah potensi masa depannya ?

    Keperluan kelapa bagi setahun adalah lebih kurang 500 juta biji. Pengeluaran tempatan adalah sebanyak 90% manakala 10% lagi adalah diimport. Kelapa amat diperlukan terutamanya menjelang hari perayaan. Fenomena peningkatan harga kelapa membuktikan ia sebagai satu komoditi yang tinggi permintaan.

  2. Sila huraikan keluasan tanah yang diusahakan dengan penanaman pokok kelapa mengikut susunan daerah ? Sila berikan butir-butir

    Keluasan kelapa mengikut daerah adalah seperti berikut :

    Daerah Keluasan Kelapa (ha)
    Gombak/Petaling 6
    Klang 3,715
    Kuala Langat 752
    Kuala Selangor 3,958
    Sabak Bernam 14,791
    Sepang 60
    Hulu Langat 998
    Hulu Selangor 82
    Jumlah 24,362
  3. Sila nyatakan berapakah jumlah permintaan kelapa muda dan tua setiap hari di Negeri Selangor ?

    Jumlah permintaan kelapa muda adalah lebih tinggi berbanding dengan kelapa tua iaitu dengan nisbah 2:1. Bagi setiap 500 juta biji yang dijual lebih kurang 330 juta biji dijual sebagai kelapa muda manakala 170 lagi sebagai kelapa tua.

Lampiran

Tiada Lampiran.