Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

81) MASALAH KEKURANGAN AIR DI BENDANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah tersebut berulang setiap musim menanam?

    Masalah air di sawah yang berlaku setiap tahun akibat musim kemarau disebabkan oleh fenomena El-Nino. Sejak beberapa tahun lalu, musim kemarau akan melanda dalam bulan Februari hingga Julai. Kawasan penanaman padi di Selangor hanya bergantung kepada air sungai Bernam dan Sungai Tengi. Selain untuk kegunaan pengairan, sumber air ini juga digunakan bagi menampung keperluan domestik dan

  2. Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi masalah kekurangan air secara holistik?

    Langkah-langkah pencegahan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian:

    • Menggunakan pam air bagi mengepam air dari parit
    • Merangka penjadualan semula penanaman padi jika masalah air berlaku dengan kritikal
    • Pembinaan parit tengah bagi bekalan air dalam petak sawah
  3. Sila kemukakan apakah kaedah alternatif yang dipratiskan bagi membantu mengatasi masalah kekurangan air?

    Kaedah alternatif yang boleh dibuat adalah:

    • Memperhebatkan aktiviti pengembangan pertanian bagi menerangkan kesan El-Nino kepada sektor pertanian dan persediaan bagi menghadapi kemarau.
    • Meningkatkan kecekapan penyaluran air melalui pam air dan paip saluran yang lebih
    • Membuat kajian kemungkinan (feasability study) bagi pembinaan kolam- kolam takungan di masa akan

Lampiran

Tiada Lampiran.