Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

231) MASALAH KEGAWATAN EKONOMI NEGARA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa buah syarikat ditutup atau berpindah ekoran kegawatan ekonomi negara ?

    Bagi tempoh Januari hingga September 2015, sebanyak 14 syarikat telah menutup perniagaan sepenuhnya atau berpindah ke lokasi lain

  2. Berapa ramai pekerja yang telah dibuang kerja kerana kegawatan ekonomi di Negeri Selangor ?

    Seramai 612 pekerja tempatan dan seramai 87 pekerja asing terlibat dengan pemberhentian disebabkan penutupan peniagaan atau perpindahan syarikat ke lokasi lain.

  3. Apakah langkah Kerajaan untuk membantu mereka yang di buang kerja ?

    Bagi membantu mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri mengadakan program-program jom kerja di beberapa daerah seperti di Gombak, Kuala Selangor dan Sabak

     

    Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat ini disyorkan untuk mendaftar dalam portal JobsMalaysia untuk penjodohan pekerjaan di samping menjemput mereka hadir ke karnival – karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Mereka juga turut dipelawa ke Temuduga Terbuka yang diadakan di cawangan-cawangan Jabatan Tenaga Kerja.

     

    Selain usaha membantu pekerja yang terlibat mendapatkan pekerjaan, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan program-program bantuan melalui Jawatankuasa Tetap yang berkaitan untuk menggalakkan pekerja yang diberhentikan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti berikut;-

     

    1. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan : Program Bantuan BluePrint Pembasmian Kemiskinan- yang memfokus kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak mempunyai modal untuk membeli mesin. Bantuan maksimum diberikan adalah

     

    sebanyak RM5000.00 (bantuan dalam bentuk pemberian mesin bantuan perniagaan.)

     

    1. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan ; Program Hijrah Kerajaan Negeri menyediakan modal

     

    • Jawatankuasa Tetap Usahawan: Dana Mikro pemberian dana sehingga RM30,000 untuk modal

Lampiran

Tiada Lampiran.