Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

312) MASALAH KEBANJIRAN WARGA ASING DI SELANGOR DAN SELAT KLANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diamabil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah kebanjiran warga asing di Bandar Sultan Suleiman? Banyak kedai-kedai haram yang dibuka oleh warga asing untuk berniaga tanpa kebenaran dan berlakunya kekotoran ,keselamatan,seperti longgokan sampah merata-rata,mabuk,pergaduhan sesama warga asing,ini boleh menyebabkan ketakutan pedapa penduduk di kawasan berkenaan.

    Bagi menangani masalah warga asing melibatkan perniagaan dan perusahaan, tindakan secara bersepadu dan komprehensif perlu dilaksanakan oleh setiap agensi yang terlibat bersama Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai contoh bagi kes-kes perniagaan kedai runcit, tindakan secara bersepadu antara agensi seperti Jabatan Imigresen bagi menentukan permit dan visa perjalanan ke atas pekerja warga asing ini. Tindakan bersepadu ini mestilah dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan pentadbiran agensi aga usaha menangani masalah ini dapat diatasi secara kolektif dengan bidang kuasa agensi berkaitan.

    Selain itu, kerjasama wakil rakyat, Ahli Majlis, komuniti perumahan dan keselamatan syarikat industri (pemegang taruh) dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dalam isu warga asing amat diperlukan bagi sama-sama membendung kegiatan seperti ini terus berleluasa.

    Sepanjang tahun 2023, sebanyak 535 tindakan penyitaan telah dilaksanakan ke atas peniaga warga asing. Manakala pada tahun 2024 (Januari) sebanyak 35 tindakan penyitaan telah dilaksanakan. Manakala bagi sekitar kawasan Bandar Sultan Suleiman sebanyak 45 tindakan penyitaan ke atas peniaga warga asing bagi tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.