Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

214) MASALAH KEBAKARAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan perkembangan terkini cara mengawal kebakaran di Johan Setia dan apakah tindakan yang telah diambil pada mereka yang terlibat ?

    1. Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani isu pembakaran terbuka di Johan Setia dengan melaksanakan berbagai cara seperti berikut:
      1. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang mengenai larangan melakukan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar dan undang-undang lain yang berkaitan di bawah agensi- agensi kerajaan yang lain termasuk Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pertanian dan Jabatan Bomba;
      2. Pihak MPK telah menubuhkan Unit Pemantauan Pembakaran Terbuka dan mulai tahun 2009 telah menjalankan pemantauan berjadual di kawasan Johan Setia  dari pukul 8 pagi hingga 12 malam pada setiap hari;
    • Melaksanakan langkah pencegahan pembakaran terbuka dengan melaksanakan “water management system” melalui pembinaan “check dam” dan pembinaan pintu air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengekalkan kelembapan tanah supaya kebakaran dapat dikawal dan dikurangkan. Setakat ini dua buah “check dam” telah siap dibina; dan
    1. Mempertingkatkan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar kepada para petani bagi memastikan mereka memberi kerjasama dalam usaha-usaha penjagaan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Dalam hubungan ini, pada tahun 2009, satu program kesedaran mengenai larangan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut di Johan  Setia kepada para petani telah diadakan oleh Jabatan Pertanian dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar pada 24 Mac

     

     

     

     

     

    Tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang menjalankan aktiviti pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah mengenakan tindakan mahkamah di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga lima ratus ribu ringgit (RM 500,000.00) atau lima (5) tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada tahun 2009, sebanyak 6 kes pembakaran terbuka di Johan Setia telah disediakan kertas siasatan untuk diambil tindakan mahkamah bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka. Di samping itu Pejabat Tanah dan Daerah juga sedang mengambil tindakan mengenal pasti tuan-tuan tanah yang telah melanggar syarat nyata tanah dan boleh dikenakan tindakan perampasan ke atas tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.