Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

150) MASALAH JALAN DI SEMENYIH-BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan dan tindakan susulan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan Semenyih-Beranang dari perspektif PBN.

    Jalan tersebut adalah merupakan Jalan Persekutuan. PBN melalui JKR Selangor telah mengemukakan rancangan untuk menaik tarat keseluruhan jalan tersebut di bawah Kajian Semula Separuh Penggal (Mid-term Review) Rancangan Malaysia ke 9. Perlaksanaannya adalah bergantung kepada keutamaan perancangan Kerajaan Persekutuan.

    Berikut adalah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi mengatasi kesesakan tersebut:-

    Jangka Pendek:-

    i) Menaik tarat Persimpangan Sunway Semenyih dijangka akan dilaksanakan oleh JKR pada Okt 2008 dan dijangka siap pada Dis 2008.

    Jangka Panjang:-

    ii) Pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia dalam proses reka bentuk untuk melebarkan jalan dari Simpang Sunway Semenyih hingga ke Simpang Jalan Broga (+/- 2.7 km)
    iii) Membina lorong motosikal sepanjang 10 km di laluan tersebut.

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang membuat 'outer ring road' untuk mengatasi keadaan kesesakan jalan tersebut

    PBN tiada perancangan membina ‘Outer Ring Road bagi mengatasi kesesakan
    jalan tersebut kerana di luar bidang kuasa PBN.

    Dijangka pembukaan Lebuh raya Kajang – Seremban (LEKAS) akan dapat
    menyuraikan sebahagian lalu lintas di Jalan Semenyih – Beranang. Perancangan tersebut di bawah bidang Lembaga Lebuh raya Malaysia

  3. Apakah status perancangan kerajaan negeri untuk membina jambatan kedua pekan Semenyih iaitu di belakang Petronas.

    PBN telah merancang projek tersebut dalam Rancangan Malaysia ke 9. Walau
    bagaimanapun perlaksanaan projek tersebut adalah bergantung kepada keutamaan perancangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.