Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

34) MASALAH JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?

    Berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri, kerosakan jalan boleh dikenalpasti melalui rondaan rutin yang dilakukan oleh pihak konsesi penyelenggaraan jalan berkenaan. Ia dilakukan 2 (dua) kali seminggu. (satu (1) sesi rondaan siang & satu (1) sesi rondaan malam) Sekiranya berlakunya bencana atau keperluan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Penguasa, rondaan rutin tersebut akan dipertingkatkan kepada 4 (empat) kali seminggu (dua (2) sesi rondaan siang & dua (2) sesi rondaan malam). Setiap rondaan rutin perlu dilengkapkan dengan laporan hasil rondaan dan sebarang kerosakan akan dikenalpasti melalui hasil rondaan berkenaan. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan ke atas kerosakan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.

    Pembangunan Smart Road Asset & Management System (SRAMS) yang melakukan cerapan kerosakan jalan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dijangka akan memberi impak kepada pihak konsesi untuk menyelesaikan masalah potholes dalam jangkamasa yang paling minima.

    Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.

    Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.

  2. Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (Pot-Hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?

    Jumlah aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang bagi kes (Pot-Holes) di kawasan DUN Sentosa pada tahun 2022 (sehingga November) adalah sebanyak 261 aduan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 247 aduan (94.6%) berjaya diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.