Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

17) MASALAH JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?

    JKR sentiasa komited bagi memastikan keadaan jalan berada dalam keadaan yang baik dan selamat kepada orang awam. Antara inisiatif yang diambil adalah:

    • Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri berkuatkuasa pada 27 Mac 2018. Melalui sistem tersebut, semua aduan termasuk aduan jalan berlubang (pothole) akan dikemukakan ke agensi-agensi yang berkenaan untuk diambil tindakan. Bagi aduan pothole, JKR Selangor melalui JKR Daerah akan memastikan aduan tersebut ditangani dalam tempoh 24 Jam dan kerja kerja baikpulihakan dilaksanakan oleh kontraktor konsesi yang dilantik untuk Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Ia selaras dengan Piagam Pelanggan JKR bagi menampal pothole dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima serta Akujanji Sifar Pothole yang telah ditandatangani oleh semua Jurutera Daerah JKR pada 17 Februari 2016.

     

    • Sistem Intelligent Response System (IRS) telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Smart Selangor membolehkan orang awam melaporkan kejadian pothole melalui aplikasi Waze dan tindakan diambil bagi menampal pothole di lokasi kejadian oleh agensi penyelenggaraan jalan.
  2. Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (Pot-Hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?

    Jumlah kes aduan berkenaan (Pot Hole) di DUN Sentosa yang diselesaikan adalah sebanyak 83 aduan.

Lampiran

Tiada Lampiran.