Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

5) MASALAH JALAN BENDANG SEKINCHAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan kenapa kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan-jalan bendang yang berlubang dan rosak lambat dilakukan?

    Untuk makluman, jalan-jalan ladang di kawasan sawah Sekinchan dinaiktaraf dan diselenggara oleh Projek Barat Laut (IADA). Kerjasama ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama semasa di dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Infrastruktur antara JPS Daerah Kuala Selangor dan JPS Daerah Sabak Bernam dengan Projek Barat Laut (IADA) pada Januari 2015 dan keputusan tersebut berkuatkuasa sehingga kini. Manakala bagi jalan-jalan yang didaftarkan di bawah MARRIS, khususnya yang menghubungkan aset-aset JPS kerja pembaikan akan dibuat dengan menggunkan peruntukan MARRIS.

  2. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh KNS bagi membaiki jalan bendang yang bermasalah?

    Pada tahun 2018, JPS Daerah Sabak Bernam diperuntukkan sebanyak RM637,000.00 melalui peruntukan MARRIS untuk penyelenggaraan jalan

Lampiran

Tiada Lampiran.