Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

86) MASALAH ISU BAU BUSUK DI BEKAS LOMBONG, TAMAN SRI MANJA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Satu laporan terperinci telah dikemukakan kepada pihak Menteri Besar, MTES dan EXCO Alam Sekitar bertarikh 23 Oktober 2009, laporan itu telah dilencongkan balik kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk tindakan lanjut oleh mereka sebelum membentangkan ke MTES untuk tindakan pihak negeri. Bilakah jabatan kesihatan dalam MBPJ akan memasukkan laporan di mana ia sudah diketahui bahawa majlis penuh MBPJ telah menyokong laporan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kerja ÒTask ForceÓ Alam Sekitar, Masalah Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2s) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya, bawah LA21Pj, MBPJ bertarikh 23 Oktober 2009

    Berhubung laporan terperinci yang dikemukakan kepada Menteri Besar, MTES dan EXCO pada 23 Oktober 2009, ia merupakan laporan yang dihasil dan dikemukakan sendiri oleh pihak YB Edward Lee Poh Lin kepada Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, setelah laporan tersebut dilencongkan kepada Majlis, ‘Draf Laporan Ringkasan Eksekutif” – Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2S) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya yang dimaksudkan telah disemak oleh  Jawatankuasa Kecil Teknikal Tasik Lombong PJS 3, MBPJ dan beberapa fakta tambahan telah dimasukkan.  Kemudian, sesalinan  Draf Laporan telah dipanjangkan semula  kepada Y.B Edward Lee Poh Lin pada 11 Ogos 2010 untuk persetujuan dan arahan selanjutnya sebelum ia diangkat ke dalam

  2. Sudahkah pejabat kesihatan Daerah Selangor mengemukakan kepada pihak MBPJ pengesahan mereka berkenaan status pengeluaran gas yang menjejaskan pendudukpenduduk?

    Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan beberapa siri mesyuarat telah diadakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Pihak Jabatan Kesihatan sedang menjalankan kajian kesan-kesan H2S kepada penduduk di Petaling Jaya Selatan.

  3. Sila beri maklumat-maklumat laporan tersebut dan jika laporan ini masih belum diterima daripada jabatan kesihatan, sila nasihat bila laporan ini akan dijangkakan untuk dikemukakan.

    Seperti yang dinyatakan, Draf Laporan Ringkasan Eksekutif – Isu Bau Busuk dan Pengeluaran Gas Hidrogen Sulfida (H2S) dan Gas Metana di Taman Sri Manja, PJS 3, Petaling Jaya yang disediakan oleh Y.B Edward Lee Poh Lin telah disemak dan ia dihantar semula kepada Y.B Edward Lee Poh Lin untuk semakan beliau. Manakala laporan berhubung perkara (c), Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan berhubung dengan Pejabat Kesihatan ke atas status kajian.

Lampiran

Tiada Lampiran.