Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

29) MASALAH INFRASTRUKTUR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan kes berkenaan ( Pot-Hole ) yang diselesaikan oleh pihak MPK dan JKR di DUN Sentosa bagi tahun 2021?

    Sebanyak 102 kes berkenaan aduan pothole diselesaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang di DUN Sentoasa bagi tahun 2021.

    Jumlah aduan kes berkenaan pot-hole di DUN Sentosa untuk tahun 2021 bagi kategori Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di bawah JKR adalah sebanyak 222 bilangan seperti berikut:

  2. Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?

    JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telahpun menyediakan kontrak khas (pelantikan konsesi) bagi penyelenggaraan jalan di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Selangor. Kontrak ini melibatkan penyelenggaraan Jalan Raya Negeri yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar. Secara umumnya. penyelenggaraan Kontrak Jangka Panjang ini melibatkan beberapa kerja rutin yang perlu dilaksanakan ke atas jalan berkenaan termasuklah penampalan ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan longkang, menyelenggara perabot jalan dan sebagainya. (terdapat 11 jenis rutin) Ini adalah bertujuan untuk memastikan jalan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalanraya.

    Selain dari itu, JKR Selangor juga telah menyediakan Kontrak Berpusat Penyelenggaraan Jalan Negeri serta perolehan secara sebutharga untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih struktur serta menurap semula jalan yang mengalami kerosakan. Kaedah baikpulih adalah berdasarkan maklumat cerapan melalui Pavement Condition Assessment (PCA) sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.