Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
109) MASALAH INFRASTRUKTUR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan pembaikan kerosakan longkang monsun atau tebing sungai atau longkang?
Umumnya, Akaun Amanah Caruman Parit telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembaikan ke atas kerosakan longkang monsoon atau tebing sungai. Pada dasarnya, kerja-kerja pembaikan menjadi tanggungjawab pihak pemaju sekiranya longkang monsun tersebut masih belum diserahkan kepada pihak Kerajaan.
Secara umumnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mengambil tindakan segera ke atas kerosakan longkang atau tebing sungai bergantung kepada keadaan kerosakan yang berlaku di tapak bina serta kaedah membaikpulih mengikut kesesuaian bagi pemulihan kekal tebing sungai tersebut.
Secara khususnya, sebarang pengeluaran dokumen bagi kerja-kerja pembaikan perlu melalui beberapa prosedur kerja seperti pengiklanan sebutharga/tender, penilaian sebutharga/tender dan sebagainya. Tempoh bagi prosedur kerja samada melalui perolehan sebutharga atau tender adalah seperti berikut :
- sebutharga mengambil tempoh dari 2 minggu – 4 minggu dan
- tender mengambil masa dari 1 bulan – 3 bulan
-
Seberapa segerakah Kerajaan dapat mengambil tindakan berkenaan masalah banjir kilat?
Kerajaan persekutuan telah mencadangkan Pelan Induk Saliran Bandar dan projek-projek kawalan banjir kilat dalam RMK11 contohnya untuk Bandar Klang, Bandar Subang Jaya dan Bandar Kajang. Namun, pada masa ini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang kelulusan peruntukan. Kerajaan Negeri juga pada masa yang sama menyalurkan peruntukan untuk pelaksanaan Pelan Induk Saliran Bandar Rawang dan Selayang serta projek- projek mitigasi banjir pada tahun 2015.