Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

168) MASALAH INFRASTRUKTUR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di Kampung Seri Sentosa, Kampung Sri Aman dan Kampung Kereta Api penduduk2 dan peneroka2 masih menunggu selesainya penukaran tanah yang di janji akan siap bulan Oktober 2017. Apakah status terkini dan kenapa melambatkan penyelesaian ukuran tanah?

    Kampung Sri Aman, Mukim Ijok

    Pengukuran telah pun dibuat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM). Setelah semakan status dibuat di laman web Jupem2u, didapati pihak JUPEM masih dalam proses untuk mengeluarkan Pelan Akui (PA).

    Kampung Sri Sentosa, Mukim Ijok

     

    Status terbaru setakat 27 Oktober 2017, terdapat lima belas (15) Pelan Akui (PA) yang telah dikeluarkan oleh pihak JUPEM seperti senarai berikut:

    1. PA 233690
    2. PA 233691
    3. PA 231024
    4. PA 231025
    5. PA 231026
    6. PA 231027
    7. PA 230163
    8. PA 230164
    9. PA 230165
    10. PA 231445
    11. PA 230553
    12. PA 231173
    13. PA 231174
    14. PA 231175
    15. PA 231176

     

    Keseluruhan jumlah lot tanah yang telah diukur oleh pihak JUPEM adalah sebanyak 116 lot. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 79 lot yang telah mempunyai PA manakala baki 37 lot lagi adalah masih dalam tindakan pihak JUPEM.

     

    Kampung Keretapi, Mukim Ijok

    Tanah tersebut telah di ceroboh oleh penduduk setempat dengan membina bangunan kediaman sejak 20 tahun lalu dan tidak dapat diselesaikan kerana ianya adalah rizab keretapi dan di bawah jagaan/kawalan Perbadanan Aset Keretapi (PAK). Berdasarkan surat PAK bertarikh 8 September 2016 bersetuju melepaskan pegangan tanah seluas 14.415 ekar tertakluk kepada syarat yang

    1. Perkara ini telah dibawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 31/2016 yang diadakan pada 21 September 2016 telah meluluskan secara dasar tanah seluas 14.415 ekar kepada penduduk-penduduk Kampung Keretapi Lama dengan syarat penduduk bersetuju untuk berpindah manakala baki tanah dikekalkan sebagai simpanan rizab keretapi.
    2. Berdasarkan mesyuarat bersama PAK pada 01 Februari 2017, PAK akan memproses melepaskan pegangan tanah tersebut setelah pelan pra-hitungan disediakan. Pejabat ini telah melantik Juruukur Samsolbahri untuk kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan pra-hitungan. Pelan telah diserahkan pada 20 Julai 2017 kepada PAK untuk
    3. Berdasarkan Surat PAK bertarikh 13 Oktober 2017, agensi berkenaan dalam tindakan membawa permohonan pelepasan tanah ini ke Mesyuarat Lembaga Pengarah PAK untuk mendapatkan

Lampiran

Tiada Lampiran.