Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

54) MASALAH INFRASTRUKTUR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang/rosak di kawasan P.99 & P.100, termasuk isu tiada lampu jalan?

    JKR Selangor sentiasa komited dalam isu jalan berlubang atau rosak sama ada melibatkan Jalan Persekutuan mahupun di Jalan Negeri termasuk Kawasan Parlimen Ampang (P099) dan Kawasan Parlimen Pandan (P100) dengan melaksanakan penyenggaraan berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

    1. Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenal pasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
    2. Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
    3. Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.
    4. Kerajaan Negeri juga meneroka teknologi baru seperti Jetpatcher dan Thermal Road Repair dalam usaha meningkatkan ketahanan jalan-jalan di Negeri Selangor.
    5. Berkenaan isu ketiadaan lampu jalan adalah melibatkan jalan yang berada di kawasan projek SUKE. Jalan tersebut masih belum diserahkan dan masih dalam tempoh Defect Liability Period (DLP)

Lampiran

Tiada Lampiran.