Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

162) MASALAH HIDUPAN LIAR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah hidupan liar seperti monyet dan beruk masih ketara di kawasan DUN Ijok dan langkah-langkah yang telah diambil tidak berkesan. Adakah langkah-langkah atau cara-cara baru yang dirancang oleh Jabatan PERHILITAN untuk mengatasi masalah ini?

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor tidak mempunyai kaedah lain selain yang telah dimaklumkan sebelum ini dan kaedah yang diguna pakai sekarang adalah yang sesuai / efektif dalam menangani konflik hidupan liar di Selangor iaitu:-

    • Aduan diterima melalui beberapa saluran seperti email, telefon dan eaduan.
    • Merekodkan maklumat pengadu seperti Lokasi Kejadian, Nama Pengadu, Alamat Pengadu, No. Telefon, Maklumat Spesies / Konflik.
    • Maklumat aduan akan disalurkan kepada Pejabat PERHILITAN Daerah yang berkenaan untuk tindakan.
    • Pejabat PERHILITAN Daerah akan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima.
    • Tindakan selanjutnya adalah, sama ada memasang perangkap / tembak mati.

    Untuk makluman, sebanyak 785 ekor kera telah ditangkap dan dilupuskan di DUN Ijok pada tahun 2013 dan 22 ekor pada tahun 2014 (Jan – Feb)

Lampiran

Tiada Lampiran.