Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

136) MASALAH HARGA RUMAH YANG MELAMPAU TINGGI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan harga rumah di Negeri Selangor khususnya di Lembah Klang semakin melampau tinggi ?

    1. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca kepada kenaikan harga rumah yang tinggi khususnya di kawasan Lembah Klang iaitu :-

     

    1. Nilai tanah yang tinggi untuk membangun projek perumahan

     

    1. Peletakan projek perumahan di kawasan strategik dengan dilengkapi dengan semua kemudahan asas dan

     

    • Peningkatan kos pembinaan dan pembangunan seperti barang binaan serta kos penyediaan infrastruktur.

     

    Oleh yang demikian, kenaikan harga rumah ini akan terus berlaku masa ke semasa selagi kos-kos ini tidak dikawal.

  2. Sila nyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengawal fenomena kenaikan harga rumah yang melampau tinggi dan berleluasa ini ?

    1. Dalam mengimbangi penyediaan rumah harga bebas dengan rumah mampu  milik bagi memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri telah menetapkan pembangunan tanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang akan dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di Luar Lembah Klang pula  akan  dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana  Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Manakala bagi pembangunan yang kurang daripada 10 kar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana akan dikenakan bagi kawasan dalam Lembah

     

     

     

     

    Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik tersebut turut dibuat.  harga  jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut :-

     

    Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM)
    Dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah Klang) 20% rumah kos rendah 42,000.00
    20%         rumah sederhana rendah kos 72,000.00
    10%         rumah

    sederhana

    kos 100,000.00
    Lain-lain jenis bangunan

    kediaman

    Bebas
    Dalam Daerah kawasan Majlis 20% rumah kos rendah 35,000.00
    20%         rumah sederhana rendah kos 60,000.00
    10%         rumah sederhana kos 85,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran 20% rumah kos rendah 30,000.00
    10%         rumah sederhana rendah kos 50,000.00
    10%         rumah

    sederhana

    kos 70,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas

     

     

    Segala syarat penetapan komposisi pembinaan rumah dan harga jualan rumah akan dimasukkan dalam sebarang kelulusan pemberimilikan dan pembangunan tanah untuk tujuan pengawalan oleh semua pihak terlibat  yang  memberi kelulusan pelan pembangunan. sebarang ketidakpatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri akan memberi kesan terhadap proses pindah milik pemaju kepada pembeli pertama.

  3. Sila nyatakan apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan melalui PKNS bagi membina rumah mampu milik khusus untuk golongan pertengahan dan bawahan supaya mereka juga mampu memiliki rumah ?

    1. Kerajaan Negeri dari masa ke semasa akan terus memastikan  penyediaan rumah mampu milik dibina bukan sahaja melalui anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tetapi juga pihak swasta bagi memenuhi keperluan golongan pertengahan dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.