Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

165) MASALAH HARGA PADI YANG RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang lanjutan tempoh kontrak di antara Kerajaan Pusat dengan syarikat BERNAS iaitu dari tahun 2011-2016 ?

    Kerajaan Negeri telah mendapat maklum bahawa EPU telah bersetuju supaya
    kontrak untuk import beras oleh BERNAS akan dilanjutkan dari tahun 2011
    hingga 2016.

  2. Apakah bidang kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menghalang syarikat BERNAS dari terus menindas petani dengan membeli harga padi pada kadar yang rendah iaitu RM70.00 per 100kg, sedangkan terdapat pengilang swasta yang sanggup membeli dengan harga RM85.00 Per 100kg?

    Kerajaan Negeri bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh
    mengambil tindakan sewajarnya. Sekiranya harga belian padi di bawah oleh
    BERNAS di bawah harga minimum pada iaitu RM650.00Itan. Pada kebiasaannya syarikat swasta akan menjadikan harga belian padi oleh pihak
    BERNAS sebagai kayu pengukur untuk menawarkan harga yang lebih kepada
    pesawah.

  3. Sila nyatakan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap sistem kuota dan dasar sekatan penjualan padi secara bebas yang dikenakan oleh syarikat BERNAS dan Bahagian Kawalselia?

    Kerajaan Negeri bersetuju supaya 70 peratus padi di Negeri Selangor di proses
    di dalam negeri dan selebihnya iaitu 30 peratus dijual di luar Selangor. Dalam
    krisis beras semasa hanya padi untuk tujuan biji benih sahaja boleh dibenarkan
    dijual keluar dari Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.