Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
87) MASALAH HAKISAN TANAH DI PARIT SEKINCHAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tanah terus berlaku di kedua-dua tebing longkang Parit 6 Taman Sri Sekinchan
Masalah hakisan tanah di kedua-dua tebing longkang tanah Parit 6 Sekinchan
berhampiran Taman Sri Sekinchan adalah akibat dari kesan aliran air yang agak laju
ketika keluar ke laut melalui pintu kawalan pasang surut parit 6. Keadaan bertambah
apabila terdapat halangan yang menjemputkan laluan air. Bagi mengatasi masalah
tersebut JPS Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja membersihkan halangan
dan memacak bakau di tebing parit berhampiran taman bagi membaiki kerosakan tebing
yang berlaku. -
Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memberi pampasan atau ganti rugi kepada pemilik rumah Taman Sri Sekinchan yang mengalami kerosakan dan keretakan pada struktur rumah akibat hakisan dan mendapan?
JPS tidak mempunyai kuasa untuk bertindak demikian.
-
Adakah pihak Kerajaan bersedia menaik taraf longkang Parit 6 dengan menggunakan ÒL- Shape Precast Concrete DrainÓdemi untuk menyelesaikan masalah tersebut?
JPS akan melaksanakan kerja menaiktaraf Parit 6 kepada struktur yang sesuai sekiranya
memperoleh peruntukan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.