Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

259) MASALAH HAKISAN TANAH DAN PENGURUSAN CERUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah hakisan tanah dan pengurusan cerun bukit di DUN Teratai dalam tahun 2008-2013

    Kerajaan Negeri telah menerima 12 cadangan penstabilan cerun dari MPAJ meliputi kawasan berisiko kritikal. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 juta bagi tujuan menstabilkan cerun di 6 lokasi kritikal. Salah satu daripada kawasan tersebut adalah di DUN Teratai iaitu di Bulatan Seraya, Taman Seraya,

  2. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2014 untuk pengurusan cerun bukit dan langkah-langkah cegahan bukit di DUN Teratai?

    Setelah projek penstabilan cerun sedia ada siap dilaksanakan, Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan lanjut untuk melaksanakan projek baru berisiko sepertimana cadangan MPAJ

Lampiran

Tiada Lampiran.